Untuk pemilik rumah di Melaka

Nak jual rumah di Melaka? Ketahui nilai sebenarnya dulu.

Dapatkan anggaran harga pasaran dan semakan keadaan rumah oleh jurutera, kedua-duanya PERCUMA. Barulah anda boleh buat keputusan dengan yakin.

★★★★★ 5.0 di Google · 37 ulasan pelanggan
  • Tiada caj semakan
  • Tiada komitmen
  • Pakar pasaran Melaka
Kenapa rumah lambat laku?

Ramai owner hadapi masalah yang sama

Rumah dah berbulan-bulan diiklankan tapi tiada pembeli serius? Biasanya puncanya salah satu daripada ini:

Harga tak tepat

Terlalu tinggi, pembeli lari. Terlalu rendah, anda rugi.

Pembeli risau keadaan rumah

Takut bocor, retak atau masalah wayar. Mereka tawar harga rendah atau terus tarik diri.

Iklan kurang menarik

Gambar gelap dan maklumat tak lengkap. Rumah tenggelam antara ribuan iklan lain.

Urusan dokumen rumit

Pinjaman, peguam, geran, harta pusaka. Semua makan masa dan memeningkan.

Kenapa pilih Ir Asrima

Ejen hartanah dengan mata seorang jurutera

Saya bukan sekadar ejen. Sebagai jurutera, saya boleh menilai keadaan rumah anda dengan teliti, jadi pembeli lebih yakin dan rumah anda laku lebih cepat.

Semakan jurutera PERCUMA

Saya semak struktur, bumbung, dinding dan kemasan, kemudian beri laporan ringkas yang boleh ditunjuk kepada bakal pembeli.

Anggaran harga pasaran PERCUMA

Berdasarkan transaksi sebenar di kawasan anda, supaya harga jualan tepat dari awal.

Pemasaran penuh

Gambar dan video berkualiti, iklan media sosial, dan listing di portal hartanah.

Urus sampai serah kunci

Rundingan, dokumen, koordinasi dengan peguam dan bank. Anda tak perlu pening.

Kata pelanggan

Ulasan sebenar di Google

Owner dan pembeli yang dah berurusan dengan saya.

5.0
★★★★★37 ulasan Google
★★★★★

Mengharapkan rumah terjual dan settle sebelum bulan 7 tapi bulan 4 dah settle semua. Alhamdulillah sempat banyak nk settlekan hal2 lain. Antara manusia yg hebat sy pernah jumpa. Cuba dgn agent ni.

A
Alef AdamUlasan Google
★★★★★

Alhamdulillah proses yang sngat mudah, cepat dan mesra pelanggan, x smpai 4 bln rumah sy terjual dan sy dpt cashback sy.. recomended

M
Mohamad FaizUlasan Google
★★★★★

Semuanya selesai urusan jual beli rumah busuk dengan Ejen Asrima.. Sumpah trusted giler.. Sangat2 membantu drpd A-Z.

Z
Zumira AmirUlasan Google
★★★★★

Ejen Asrima memang terbaik! Cepat respon, mudah nak bincang dan tak lokek ilmu. Dari awal sampai habis urusan, semua lancar sebab dia guide betul-betul.

I
Iza YantiUlasan Google
★★★★★

Trusted property agent. Sangat senang nak berurusan. Agen uruskan dari A-Z urusan jual beli. Sabar melayan karenah buyer dan seller. Jujur dan amanah.

H
Hafizah JazmiUlasan Google
★★★★★

Alhamdulillah.. Proses jual beli rumah selesai.. Ejen sgt peramah & telus.. Sangat recommended.. Pantas & berbaloi hire ejen ni.

N
Nurelinaafiqah AbdullahUlasan Google
Lihat semua 37 ulasan di Google →
Saya boleh bantu jika anda…

Apa pun situasi anda, kita bincang dulu

Setiap owner ada cerita sendiri. Saya dengar dulu, kemudian cadangkan jalan terbaik.

🏡
Waris rumah pusakaRumah arwah kosong, adik-beradik setuju nak jual dan bahagi hasil.
🚗
Tinggal di luar MelakaRumah di Melaka kosong dan tak terurus. Saya boleh uruskan dari sini.
🔑
Penat dengan penyewaSewa lambat dibayar dan rumah rosak. Masa untuk lepaskan.
⬆️
Nak upgrade atau pindahJual rumah sekarang untuk beli rumah yang lebih sesuai.
💬
Ansuran tertunggakNak jual dengan cara yang teratur sebelum keadaan bertambah sukar. Dirahsiakan sepenuhnya.
🌿
Nak tukar rumah lebih kecilAnak-anak dah besar, rumah terlalu besar untuk dijaga.
Proses mudah

Dari borang ke serah kunci

Isi borang ringkas

Beritahu jenis rumah dan kawasan. Ambil masa kurang 1 minit.

Lawatan & semakan jurutera

Saya datang lihat rumah anda pada masa yang sesuai.

Laporan nilai & pelan jualan

Anda dapat anggaran harga dan strategi jualan. Tiada paksaan.

Pasarkan & jual

Saya cari pembeli, berunding dan urus dokumen sehingga selesai.

Kawasan liputan

Seluruh Melaka

Kawasan utama saya termasuk:

Ayer KerohBukit KatilKrubongBukit BeruangBatu BerendamChengTanjung MinyakKlebangMelaka RayaBandar HilirDurian TunggalAlor GajahMasjid TanahJasinMerlimau

Kawasan anda tiada dalam senarai? WhatsApp saya. Saya juga ada liputan di KL dan Selangor.

Percuma · Tiada komitmen

Semak nilai rumah anda

Isi maklumat di bawah. Bila tekan butang, WhatsApp akan terbuka dengan mesej yang siap ditulis. Anda cuma perlu tekan hantar.

Sila isi nama anda.
Sila isi no. telefon yang sah.
Sila pilih jenis hartanah.
Sila isi kawasan.
Sila tandakan persetujuan untuk teruskan.

🔒 Maklumat anda dirahsiakan.

Soalan lazim

Soalan yang selalu owner tanya

Betul ke semakan dan anggaran harga percuma?

Ya. Tiada caj untuk lawatan, semakan keadaan rumah dan anggaran harga pasaran. Anda juga tidak wajib melantik saya selepas itu.

Rumah saya masih ada baki pinjaman bank. Boleh jual?

Boleh. Baki pinjaman biasanya diselesaikan menggunakan hasil jualan semasa proses jual beli. Saya akan terangkan langkahnya.

Rumah pusaka yang belum selesai urusan faraid, boleh jual?

Kita boleh mula berbincang. Saya akan terangkan langkah yang perlu diambil dan rujuk kepada pihak yang berkaitan jika perlu.

Saya tinggal jauh dari Melaka. Perlu balik ke?

Tidak semestinya. Banyak urusan boleh dibuat melalui WhatsApp dan panggilan video. Saya akan maklumkan bila kehadiran anda betul-betul diperlukan.

Berapa caj ejen?

Caj perkhidmatan dibincang secara terbuka dan dipersetujui bersama sebelum anda menandatangani apa-apa.